Thursday, May 21, 2015

BALASUNGKAWA HAMIDAH MUSTAFFA

Denyut nadi seaakan terhenti seketika apabila mendapat khabar pemergian Kak Men pulang kerahmatullah pada usia 56 tahun. 8 Februari 2015 jam 1200, Hanif, Babe dan Amoi menjadi yatim dengan pemergian Kak Men ke alam barzah. Seakan baru bermaafan setelah usai majlis pernikahan Hanif. Kak Men pergi dengan tenang mengadap penciptanya setelah bertarung kudrat melawan penyakit kanser. Pemergian Kak genap 77 hari setelah kembalinya kerahmatullah Ayahanda tercinta Hj Mustaffa Shafie. Kesedihan yang belum reda ditimpakan lagi dengan kesedihan terbaru. Hanya redho ke hadrat Allah yang mampu dilafazkan. 

Imam Al Ghazali ada menyebut, " Hakikatnya...tiada siapa yang mengetahui betapa jumlah mutiara yang dimiliki seseorang itu sehinggalah tiba saat kematian." Kak Men dianugerahi ALlah dengan 56 butir mutiara. 

Allah Maha Mengetahui segalanya. Kak Men diberi peluang untuk melihat dan merasai kemeriahan pernikahan Hanif dan Mell. Kak Men pergi dihadapan Mell. Betapa Allah mengatur segalanya. Kasihsayang Kak Men kapada adik-adik dilafazkan kepada Meq pada 3 Mei. Katanya, Kak sayang adik-adik Kak, Kak maaf dan halalkan segala makan dan minum. Berjurai air mata. Tidak kuat rupanya untuk tidak menangis dihadapan Kak yang diuji Allah dengan sakit. Air mata menjadi saksi betapa kasih sayang Kak dizahirkan sehingga ke akhir hayat. Kak adalah mutiara kepada adik-adik dan menjadi merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Allah menyatakan melalui ayat 23 surah A- Hajj yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan disitu dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka disitu daripada sutera."

Pemergian Kak Men walau dijangka tetapi membawa impak besar kepada seluruh keluarga yang masih diselibungi kesedihan atas kembalainya Pak ke alam baqa'. Mak pasti lebih terasa, kehilangan suami dan disusuli dengan anak sulung. Ketibaan jenazah Kak Men pada jam 1 pagi 9 Mei 2015 dirumah disambut dengan linangan air mata. Hujan yang mencurah turun sebelumnya terhenti sebaik kereta jenazah tiba. Kak Men diberikan Husnul Khatimah dengan senyuman diwajahnya dan cahaya berseri ditatapi anak-anak, adik-adik, Mak, serta kaum keluarga kampong dan sahabat handai. Jenazah disolatkan dan kemudian dibawa ke perkuburan Kampong Bata. Kak Men disemadikan bersebelahan dengan kubur Pak. Betapa agongnya aturan Allah Yang Maha Besar. Bahawa kasihsayang Pak dan Kak Men didunia menjadi saksi hingga ke alam barzah.   

Duhai Kakak tercinta...amnalah dikau disana. Ia kehidupan kekal abadi. Firdaus tempatmu. Kami berdoa begitu.

Insyakallah akan ditulis lagi...

Monday, March 16, 2015

BALASUNGKAWA

; Tanggal 21 Februari 2015 menjadi detik pilu. Berita pemergian ayahanda tercinta Haji Mustaffa Shafie ke pangkuan Allah menyentak hati dan merobek seluruh jiwa. Namun janji ALlah kepada hambaNya, takdir yang menjadi rahsia ALlah jua. Hanya redho yang mampu diangkat. Berita itu diterima semasa aku sedang bertugas di Bangaluru, India. Hanya airmata serta iringan tahlil serta zikir dimunajatkan mengiringi allahyarham ayahanda ke alam barzakh. Haji Mustaffa Shafie dilahirkan pada 31 Disember 1938. Berbapakan SHafie Lebai Man dan beribukan Yah. Menjadi yatim ketika berusia 4 tahun dan dibesarkan oleh Tok Mah di Padang Bata. Susur galur keturunan yang bersangkut paut dengan orang Binjal. Abang arwah adalah Mahmud Shafie. Arwah bapak menikahi mak Hajjah Pora Ismail pada 16 Mac 1958 dan mendapat 7 cahaya mata, Hamidah, Zainol Abidin, Dzulkafli, Roslan, Roslina, Azmi(meninggal semasa kecil) dan Maria. Pada 20 Februari 2015 jam 3 petang bapak keluar rumah dengan menunggang morsikal. Pada jam 4 petang, gerakan mencari dilancarkan setelah bapak tidak pulang ke rumah. Usaha mencari sehingga awal pagi tidak mendatangkan hasil sehinggalah maklumat polis tiba menyatakan terjumpa mayat arwah di Puncak Janing. Begitu jauh arwah tersesat dan mengakhiri hayatnya. Jika itu takdir Allah, sememangnya seluruh keluarga redho. Pada awalnya bapak diserang stroke kali ke2 pada 23 Januari 2015. Bapak dibawa ke Kuala Lumpur pada 26 Januari dan menjalani fisioterapi di Taman Melawati. Keadaan bapak bertambah kuat tetapi arwah menunjukan bebarapa keganjilan dan kadang kala menjadi pelupa. Sepanjang berada di Bukit Antarabangsa, arwah seringkali mengadu sakit kepala dan dahi. disamping itu arwah bangun seawal jam 1 pagi untuk bercukur, jam 3 pagi untuk mandi dan tabiat makan seperti tidak pernah kenyang. Seringkali diwaktu malam. semasa berbicara dengan Mak, kami berdua menyatakan bahawa tanda2 kematian telah ditunjukan oleh arwah. Mak sentiasa redho jika itulah janji Allah. Sepanjang di Kl, arwah sentiasa berpakaian segak dan antara gurauannya dengan mak apabila ditanya adalah, " orang dok segak dah" dan "memang dok segak lama dah". Sesekali arwah hanya merenung tanpa sebarang butir percakapan. Setelah 7 kali menerima rawatan fisio, arwah balik ke kampong dan akan menyambung kembali fisio selepas cuti tahun baru cina. Namun arwah dijemput Allah terlebih dahulu. Pemergian arwah Pak begitu menyayat hati dan meruntun nurani. Masih terpercik segar kemesraan Pak di rumah. Masih belum puas berbakti kepada pak dipenghujung usianya. Masih terasa tutur bicara pak, bahawa Allah yang menjadikan semua yang berlaku. Dia hanya hambaNya yang diuji. Pak dilayan secukupnya dirumah, jika pak bangun 5 atau 6 kali emalam, aku dan mak turut bangun. Dipakaikan phampers, diikat kain pelikat, dipakaikan baju dan tabiat pak yang tak pernah tinggal adalah menyikat rambut. Begitu berdisiplin dan kadang-kadang pak menunjukan kegoannya. Walau aku anak lelaki tetapi pak tetap memaksa untuk memakai phampers sendiri. Jenuh bagitau pak bahawa tiada apa yang nak dimalukan tetapi pak tetap berkeras. Paling aku teruja, pak tetap menunaikan solat walau sesusah mana sekali pun. Begitu tebal penghayatan hamba kepada pemiliknya. Sesekali aku menolong pak mengambil wuduk dan mak seringkali memberitahu pak untuk solat tahajud. Pada jam 6 petang, 21 Feb pak disemadikan di perkuburan Kg Bata. Bersemadi dengan aman disisi penciptanya. Aku ziarahi pak diperkuburan dengan air mata. Setiap hari kubur dikunjungi dan aku turut berbicara dengan Pak. Betapa keakraban dunia tidak pernah cukup. Pemergian pak ke alam baqa walau telah diberikan petunjuk tertentu tetapi peluang terakhir untuk bersamanya tidak kesampaian. Yang pasti ada hikmahnya dan Pak meninggalkan legasi yang cukup untuk dikenang dan diperturunkan ceritanya kepada cucu cicit yang ditinggalkan. Bersemadilah Pak disisi syuhada dan solohin dijannah Allah. Janji Allah itu tetap berlaku.....Nanti kesempatan waktu akan disambung.....

Wednesday, March 9, 2011

Masih Ada Waktu

Agak lama menyepi dari blog sendiri gara2 kesibukan mengajar. Asyik bagi lecture saja sampai terlupa ada blog. Apa pun dunia ini akan diterokai semula.
Macam2 terjadi lewat beberapa purnama yang lalu. Bermacam kisah samada peribadi dan kekawan mengintai perjalanan hidup. Suka dan duka silih berganti. paling terkesan apabila bonda tercinta ditimpa stroke semasa menunaikan umrah. Sehingga kini, bonda walaupun sihat tetapi tidak lagi seperti selalu. Hanya doa dipanjatkan agar Allah akan menyembuhkan sepenuhnya...Amin...
Insyallah, sembuh nanti akan kita susul kembali ke bumi Madinah dan tanah ahram Mekah

Monday, December 7, 2009

Kenduri-Kendara Kampungku

Tanggal 5/12, adik bongsu keluargaku diijabkabul.Letih dibuatnya..nak pakai katering, ayah bonda kata putri bongsu..buat di rumah, senang saudara mara nak datang. Seekor kerbau tumbang, 400 ekor ayam digoreng..yang bestnya kerabu serai..tak kusangka menjadi kegilaan ramai..licin depa sapu...Kehadiran hampir 3 ribu orang, boleh memeningkan kepala..tapi yang respect orang tua aku, cooolll..Jalan jem hampir 3 km, punya la ramai manusia..semuanya saudara mara..hebat..Kampungku masih mengamalkan konsep gotong royong..kerbau disembelih selepas subuh, siang daging jam 7 hingga 9, siap masak jam 11, jam 12 ready untuk makan..HEBAT...Dari mendirikan kemah sehinggalah siap kenduri semua main peranan. Yang terpegunnya akau, kerana tak ada seekor lalat(walaupun musim, maklum la lepas bah) pun semasa kenduri tu..kata orang, tukang sembelih tu hebat...Aku amacam biasa, bersalam dengan saudara mara, sahabat handai dan orang tua ..yg masih mengenaliku walau jarang bertemu..paling syiok kenduri ni, tengok orang latah..ada lagi dalam masyarakat melayu di kampungku..Kepada semua, sekalung budi..jasabakti tetap dikenang oleh keluargaku..Hidup biar beradat.

Monday, November 23, 2009

Bah Mai Lagi

Benarkah gelombang ke3 sedang menghampiri kampung halaman...Berpindah lagilah ayah dan bonda...berkecamuklah hati..gundah dan gulana..mana nak kenduri kawin putri bongsu lagi..Bah besar 2005, sempat pulang ke kampung sebelum bertolak ke Australia untuk pengajian sarjana. Masa tu kata orang-orang tua kampung, dah hampir 20 tahun bah besar tak melanda..tapi tahun ni bah mai lagi..petanda apakah ini..alam semakin mengganas atas kebuasan manusia. Atau manusia sendiri yang mencipta petaka ini..Di utara ada empangan..airyaq nak kena lepas, takut nanti empangan pecah..perlukah empangan??Pada ibuku, pesan anakanda, bersabarlah menghadapi dugaan Allah..kalau jemu berpindah, "mai dok ngan ceq kat bukit antarabangsa, atas bukit..cumanya takut tanah runtuh pulak..tapi bukit jauh lagi..Insyallah selamat kot." Masa kecik2 dulu, syok mandi air bah..ada cerita yang tak direkodkan, gua nyaris2 lemas di halaman rumah tapi nasib baik ada cikgu yang selamatkan..Musim bah makan ikan darat mesti best..pekena ikan haruan dan puyu, mesti sedap..petang pulak makan ubi kayu ngan nyok..aduh terbuka selera..Ubi kayu dah jadi famous la ni, kalau di ampang, sepinggan dlam 4 ketul, harganya RM6. Makan pulak dengan kopi panas kaw...Biarlah bah datang, sekurang-kurangnya dapat mencuci kampung dan hanyutkan barang-barang yang berselerak sekeliling rumah..Bersabarlah..

Kisah Sedih, Cerita Duka

Semalam, 22 Nov 09, Kapt Norazuan Omar telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan motorsikal. Seorang pegawai yang berdedikasi dan taat. Semasa bertugas di 7 Renjer Diraja Mekansie sebagai Pl Commander C Kompeni, Azuan mempamerkan cirix yang positif dan berpotensi untuk meningkat. Isteri beliau Kapt Noraflina bertugas di Markas Medan Tentera Darat. Mula mengenali mereka semasa pentauliahan pada tahun 2003. A very loving couple..
Semasa bertemu Aflina di Hospital Serdang pada jam 2 pagi, beliau begitu tabah menerima hakikat bahawa Allah menyanyangi Azuan melebihi kasih sayang hambanya di dunia. Jenazah azuan diberi penghormatan tentera di kem wardieburn sebelum di bawa ke kampung halamannya di Sg Petani. Jenazah selamat dikebumikan pada jam 2215 di perkuburan tn husin, Kuala Muda Kedah dengan penuh tradisi ketenteraan. Abadilah kawan, sahabat dan rakan seperjuangan yang singgah sekejap mengukir liku-liku perjalanan ketenteraan...Semoga abadi di sisi syuhada dan solihin..AlFatihah