Monday, November 23, 2009

Kisah Sedih, Cerita Duka

Semalam, 22 Nov 09, Kapt Norazuan Omar telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan motorsikal. Seorang pegawai yang berdedikasi dan taat. Semasa bertugas di 7 Renjer Diraja Mekansie sebagai Pl Commander C Kompeni, Azuan mempamerkan cirix yang positif dan berpotensi untuk meningkat. Isteri beliau Kapt Noraflina bertugas di Markas Medan Tentera Darat. Mula mengenali mereka semasa pentauliahan pada tahun 2003. A very loving couple..
Semasa bertemu Aflina di Hospital Serdang pada jam 2 pagi, beliau begitu tabah menerima hakikat bahawa Allah menyanyangi Azuan melebihi kasih sayang hambanya di dunia. Jenazah azuan diberi penghormatan tentera di kem wardieburn sebelum di bawa ke kampung halamannya di Sg Petani. Jenazah selamat dikebumikan pada jam 2215 di perkuburan tn husin, Kuala Muda Kedah dengan penuh tradisi ketenteraan. Abadilah kawan, sahabat dan rakan seperjuangan yang singgah sekejap mengukir liku-liku perjalanan ketenteraan...Semoga abadi di sisi syuhada dan solihin..AlFatihah

1 comment:

  1. Al-fatihah. Kami di Wardieburn bersedia sebaik sahaja mendapat maklumat dari malam hinggalah ke pagi. Sungguhpun saya tak beberapa ingat pegawai ni tetapi atas kapasiti CSM saya turut terasa. Dok tunggu dari pagi tapi jenazah tak sampai-sampai. saya terpaksa beredar kerana perlu menghadiri mesyuarat op di KKB. Teringat mcm mana kalutnya kita mengurus lima jenazah sekaligus (kes rumah tan sri di Bkt Antarabangsa). Masa tu zaidi si penjaga lembu belum lapor. Selepas tu, banyak lagi kes-kes yang mengikutinya. Pak Raja mcm biasalahhhhh. Kes ambulans lambat tu,,, maleh nak citeee je. Pemandu ambulans tu makan 2 kali pelempang Jepun baru dia jumpa suis ambulans. Itu rahsia kita berdua jeee.

    p/s tak tahu tuan ada blog. e he

    ReplyDelete